Saturday, April 18, 2015

Rozita Rohaizad ikut jejak Saloma

PENYANYI dan pelakon Rozita Rohaizad akan membawa lagu rentak Rap pada Festivall Pelbagai Budaya Nasional Canberra 2015 selama dua hari bermula 13 Februari ini.  Anak seniwati Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail berkata ia satu cabarang memandangkan bukan mudah untuk membawa lagu Rap memandangkan beliau memiliki suara yang lembut, namun menyahut cabaran itu bagi membuktikan dirinya penyanyi serba boleh. 
Rozita berkata lagu lagu versi rap 'Kenek-Kenek' itu dirakamkannya pada tahun lepas bersama penyanyi rap Dior dan Doul, dan untuk persembahan di Canberra beliau akan menyampaikan secara solo.  "Saya beraksi dalam kategori melibatkan konsep persembahan 'Flavour of Malaysia' meliputi lagu-lagu berentak tradisional seperti Joget Budaya, Kenek-Kenek, Manusia dan Jelingan Manja. 

"Persembahan selama 30 minit akan diiringi oleh kumpulan penari terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Canberra, Melbourne dan Sydney," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.  Rozita berkata, tujuan festival itu bagi mempamerkan  pelbagai bentuk kebudayaan dari seluruh dunia. "Saya mengikuti jejak langkah mama (ibu saudaranya Allahyarhamah Seniwati Saloma) yang pernah menyanyi di Australia pada 1958, jadi saya tak sangka akan mengikuti jejak arwah mama ke negara yang sama," katanya yang bakal mengayakan dua busana tradisional rekaan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek.

Mengulas mengenai pemilihannya ke Canberra Rozita berkata, dia menghantar PORTFOLIO mengenai penglibatannya dalam seni suara kepada pihak yang menguruskan dirinya di Australia sebelum terpilih mewakili Malaysia dalam festival tersebut. Rozita terlibat dalam arena seni suara sejak 1978 dengan  komposer Ahmad Nawab banyak menaikkan namanya dalam industri seni melalui lagu-lagu ciptaannya. Antara album lagu yang pernah dihasilkan beliau ialah Hari Yang Kunantikan Kekal Abadi, single Kenek-Kenek serta single lagu hari raya berjudul Raikan Lebaran. 

- Bernama info berita dari : Sinar Semasa.


Friday, April 17, 2015

Rozita Rohaizad pukau penonton di NSJF


PERTENGAHAN Februari lalu, penyanyi era 70-an, Rozita Rohaizad mewakili Malaysia ke Australia untuk menyertai Canberra National Multicultural Festival 2015.

Walaupun kurang mendapat peluang di negara sendiri, Rozita terus diberi kepercayaan untuk membawa nama negara ke Indonesia menerusi acara, North Sumatera Jazz Festival (NSJF) kelima pada 11 April lalu.

Pertama kali beraksi di pentas festival berkenaan, Rozita tidak menyangka, kehadirannya di Kota Medan itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton di sana.

"Alhamdulillah, saya langsung tidak sangka penerimaan sehebat itu daripada penonton yang hadir. Kali terakhir saya beraksi di sana adalah pada 1982, di mana ketika itu saya mengikut penyanyi terkenal, Anita Sarawak sebagai penyanyi latar dan penarinya.

"Persembahan pada malam itu juga turut mendapat pujian daripada pemuzik-pemuzik di sana yang turut hadir menyaksikan persembahan. Pada pengamatan saya, 700 penonton telah hadir dan ini membuatkan saya semakin bersemangat untuk memperjuangkan jazz nusantara kepada pendengar," katanya lagi.

Tambah Rozita, pada malam berkenaan, dia turut menghiburkan penonton dengan lagu Mahligai Kayangan dan rakan-rakan penyanyi dari Malaysia iaitu penyanyi jazz,

Razak Rahman dan Profesor Hanafie Imam, turut menyampaikan beberapa lagu termasuk When Sunny Gets Blue, Sendirian, Asmara, Jati Diri dan Impressions.

Persembahan pada malam itu juga turut dihadiri wakil gabenor sumatera dan beberapa penyanyi terkenal di Indonesia.

"Selain persembahan, kami juga diberi penghormatan membuat 'WORKSHOP' untuk pelajar muzik, Universiti Negeri Medan menerusi bengkel improvisasi minda melalui muzik.

"Kami juga turut menyertai 'pre event talk' bersama pemuzik-pemuzik Indonesia termasuk Erucakra Mahamehru dan Keenan Nasution. Selepas itu, kami mengikuti sidang media yang diadakan secara publik di Open Air Venue," katanya.

Info berita dari : Sinar Semasa

Saturday, April 11, 2015

More - North Sumatera Jazz Festival ke-5 (11tth april 2015 Medan Indonesia)


MEDAN,WOL – Penampilan penyanyi jazz Razak Rahman, Imam Hanafie and Friends asal negeri jiran Malaysia pukau seluruh penonton di Ballroom Karabia BOUTIQUE HOTELMedan pada acara  North Sumatera Jazz Festival ke-5 yang mengusung tema Jazzversity Culture, Sabtu (11/4) malam.

Salah satunya Kaloborasi Razak Rahman and Friends dengan penyanyi Jazz Malaysia Rosita yang berhasil membuat penonton terbawa suasana lagu yang mereka bawakan yang berjudul Maligai Kayangan.

“Selamat malam Medan, apa kabar? Horas..saya sangat senang bisa menyapa warga Sumut di Festival North Sumatera Jazz 2015 tahun ini,” ucap penyanyi Rosita yang mengenakan dress hitam.

Penampilan Razak Rahman and Friends yang berkolaborasi dengan beberapa penyanyi Malaysia sangat menghibur penonton yang memadati ruangan festival tersebut, teriakan dan tepukan tangan penonton membut suasana semakin ramai dan meriah.

Dalam aksi panggungnya juga, Razak Rahman and Friends juga membawakan musik Jazz yang sudah dicampurkan dan diaransemen dengan musik Melayu sesuai dengan tema yang dibawakan pada North Sumatera Jazz Festival 2015 kali ini.

Kemeriahan juga di tunjukan salah satu penonton pecinta Jazz, Andita Putri yang mengungkapkan, sejak duduk di bangku SMP dirinya mengaku sudah suka musik Jazz dan  juga sering mengikuti acara-acara Jazz Festival kalau di gelar di Medan. Menurutnya, musik Jazz itu musik yang bisa membuat dirinya menemukan jati diri, dan sebagai musik yang bisa membuat alunan musinya menenangkan perasaan.

“Dan saya sudah ikutin dari North Sumatera Jazz Festival yang tahun lalu, dan menurut saya NSJF 2015 tahun ini sangat lebih meriah dan temanya juga membuat anak-anak seusia saya suka dan berminat untuk datang melihat,karena mengangkat sebuah budaya,” ungkapnya. (wol/eko/data1)

Editor: CAESSARIA INDRA DIPUTRI